Kebiasaannya, tiap kali hijrah, lagu ni yang yang paling famous sekali. so, meh la kita nyanyi dulu. alaaa... kalau malu nak nyayi kuat-kuat, En Hasman boleh la nyanyi dalam hati.. hehe :)
Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman
sebelum tu, korang dah baca doa nie ke belum??
DOA AKHIR TAHUN & DOA AWAL TAHUN :) |
Dengan doa ni, kita memohon agar ketika kita mengakhiri perjalan setahun yang bakal ditinggalkan, kita mendapat keampunan daripada Allah SWT atas segala perbuatan kita yang dilarang oleh-Nya. dan jika dalam tahun yang akan ditinggalkan terdapat amal perbuatan yang kita lakukan diredhai oleh Allah SWT, maka kita mohon supaya amal tersebut diterima oleh-Nya
‘Doa Awal Tahun’ dibaca ketika menjelang masuknya tarikh 1 Muharam. Doa ini adalah rentetan daripada‘Doa Akhir Tahun’ yang telah dibaca di penghujung waktu Asar hari terakhir pada 29 atau 30 Zulhijjah tahun sebelumnya.
'Doa Awal Tahun' boleh dibaca tiga kali yang dilakukan selepas Maghrib, sesudahnya ataupun pada malam 1 Muharam.
Dengan doa ini kita sebagai Mu’min, memohon kepada Allah SWT agar dalam memasuki tahun baru ini, kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepada-Nya.
Pengertian hijrah pada aku sebenarnya ialah berubah kepada yang lebih baik.. kalau nak duduk kat takuk yang lama, sampai bila kan?? yup,, memang la bukan senang nak berubah, tapi semua orang memang mampu untuk berubah. just, terpulang pada individu tu sendiri jugak.. so, setiap orang kena lah berubah.. jangan pandai cakap kat mulut je.. tapi hasil tak de pun.. niat kena la selari dengan cara.. tapi kena jugak ingat yang niat tak pernah menghalalkan cara.. so, kena la berwaspada dengan setiap apa yang kita buat.. memang la, ade jugak orang yang berniat nak jadi kaya. kalau nak kaya pun, kenalah betul caranya.. tak perlu nak merompak, mencuri dan buat macam-macam benda yang mampu buat korang kaya dengan cepat.. ha... apa kata kalau korang try buat business sendiri?? bukan tak boleh kaya, boleh... cuma lambat sikit la.. tapi tak pe, sebab usahakan tangga kejayaan? ingat tu ok!
Lagi satu, pada aku hijrah ni tak dapat dilaksanakan kalau kita lupa pada yang kat atas tu.. (ALLAH).. korang kena ingat yang sekuat mana pun kita, sekaya mana pun kita, kita tak kan berjaya tanpa bantuan-Nya.. :) so, korang kenalah renung-renungkan :).. betul la, aku yang bagi nasihat ni9 pun selalu jugak lupa nak bersyukur,, tapi Alhamdulillah ada orang-orang kat sekeliling yang selalu ingatkan dan bantu aku..
So, kalu aku la kan, tiap kali hijrah sampai, akan ade saja impian-impian baru untuk menjadi yang lebih baik.. kekadang tu agak susah la jugak nak buat, tapi boleh je, cuma amek masa sikit la.. biasa la, manusia ni kekadang lupa jugak.. tapi, impian aku setiap tahun tak de yang melampau-lampau sampai tak boleh nak capai.. ehemmmm.. haaa sebenarnya niat hijrah tahun ni nk bertunang, tapi Alhamdulillah.. aku dah bertunag awal dari perancangannnya.. so, kenala buat yang baru kan?? hehe sebenarnya, impian aku tiap kali tahun jirah ialah nak bahagiankan keluarga aku dulu.. belajar sungguh-sungguh supaya aku dapat balas jasa mama ayah cepat-cepat.. nak belikan dorang kereta, itu impian aku.. so, setiap hari aku beerusaha untuk itu.. Alhamdulillah.. sekarang pun dah nak habis belajar.. so, lepas ni boleh la balas jasa mama dan ayah..
kalau korang pulak macam mana.. apa pengertian hijrah bagi diri korang sebenarnya? heee..